Friday, February 27, 2009

still grow...still remember..

aku bersiar siar kat ym tertengok blog classmate aku mase mtrix dulu then bace..tgk satu posting nih ber tarikh

{ March 15, 2007 @ 7:01 pm } · { Uncategorized }

nearly 2 years oh!...bwat notalgia berulang...

nih nukilan arda untuk bebudak f5p7 7th batch...sebenarnya da lam die tulis tapi aku baru perasan..dak2 f5p7..enoy it..



Kehadapan En.Ibrahim Bin Rashed…Apa khabar?Saya harap cikgu dalam keadaan sihat selalu hendaknya….Sudah 20 tahun lamanya kita tidak bertemu atas alasan kesibukan tugas masing-masing….akhirnya dapat juga peluang ini untuk saya mangutuskan warkah yang tidak seberapanya ini. Sebenarnya sebelum saya mula menulis warkah ini, Yang Berhormat Datuk Zulhelmi dan Toh Puan Seri Fadzilah telah bertandang ke rumah saya.Y.B Datuk zul sekarang ini telah dibri amanah memegang jawatan sebagai speaker Dewan Rakyat. Ya lah….disebabkan kredibilitinya dulu yang menyandang ketua praktikum F5P7. Manakala Toh Puan Seri Fadzilah pula telah berkahwin dengan dengan seorang ‘Tun’ dan turut terlibat secara aktif dalam pengusahaan buah limau kecil yang comel….

Oh…tidak lupa juga Ila yang telah menubuhkan sebuah syarikat produksi Telletubas…hehe….mereka telah menerbitkan cerita untuk kanak-kanak spastic dan plastic.walaupun begitu mereka telah berjaya menormalkan ramai kanak-kanak dengan bantuan Dr.Emilia. Sebenarnya Dr.Emilia telah membuka sebuah klinik spastik dengan usahasama Dr.Apek. Dr. Apek walaubagaimanapun baru-baru ini telah mendapat tugas yang berat dimana dia harus mengajar kanak-kanak

Zimbabwe

mata pelajaran Matematik (QS016) Beliau harus berangkat ke

Zimbabwe

bulan hadapan.Untuk ke

sana

beliau telah menumpang pesawat persendirian milik sepenuhnya saudara Arizuwan. Saudara Arizuwan dengan baik hatinya telah menawarkan diri untuk menjadi pilot kerana beliau juga baru mendapat lesen terbang.

Ha..manakala dengar khabar, Lisa telah membuka sebuah kedai ‘Lisa & Cat’ oleh kerana kecintaannya yang mendalam terhadap makkhluk Allah itu.Sekarang Lisa telah menyewa sebuah lot kedai di bangunan milik saudara Mat Pet. Mat Pet sekarang telah menjadi orang kaya dengan hasil kutipan kedai-kedai yang disewa.

Ada

dengar baru-baru ini krisis kewangan yang teruk yang telah melanda Negara kita? Untuk pengetahuan, Datuk Faris dengan dibantu Datuk Yana telah dengan terrernya mensetelkan krisis ni…Maklumlah….pengalaman menjadi bendahari kita dulu telah dijadikan panduan yang berguna untuk membantu Negara. Datuk Awaa pula sekarang ini telah menjadi Menteri Besar Kelantan. Beliau merupakan wanita pertama menjawat jawatan tersebut.Hanif pula telah menjadi seorang artis yang serba boleh…beliau berjaya mengalahkan populariti Mawi satu ketika dahulu.Beliau turut menyumbang bakat lakonan beliau dalam pelbagai filem Hindi,Bollywood,Hollywood dan Malaywood….Pernah dengar jenayah pencerobohan sistem maklumat polis tahun lalu? Ha…Saudara Malik telah berjaya membantu menangkap penjenayah terbabit dengan dibantu Saudara Ammar yang terrer bab-bab computer ni…

Filem seram yang bertajuk ‘Gelakku Tawamu Jua’ adalah karya terbaik yang pernah dihasilkan oleh Syaz sebagai pengarah. Beliau juga tanpa ragu-ragu telah menyumbangkan gelaknya yang unik itu dalam salah satu babak.Filem ini telah memenangi Oscar Award baru-baru ini.Tidak ketinggalan Farah dan Hana pula telah membuka sebuah gedung ‘Majalah & Komik’ yang terkenal di rantau ini. Hasil koleksi mereka dan pengalaman yang ada telah digunakan sepenuhnya.Maklumlah….mereka nie memang suka dengan komik dan majalah ni.

Datuk Seri Bosto dan Datuk Paduka Naim pula telah mengadakan usaha sama membuka sebuah hutan simpan untuk Orang Utan yang kian pupus.Atas kecintaan yang memdalam terhadap orang utan,mereka telah meminta bantuan Ir.Erina untuk mereka bentuk prasarana yang berkenaan. Erina juga telah diberi tugas untuk merekabentuk Kapal Angkasa

Malaysia

yang pertama. Imah dan Kimi pula telah menjadi antara angkasawan

Malaysia

yang pertama yang akan mengikuti misi

Malaysia

ke bulan.

Agen perisik 007 pula telah mengambil En Muiz Bond sebagai salah seorang anggota perisik mereka. Atas keberaniaan dan kepetahan berbicara beliau telah dipilih menyiasat tentang kepupusan ikan paus di Lautan Pasifik dan akan dibawa ke

Medan

. Lin pula telah dilantik menjadi Setiausaha sulit 007 atas pengalaman yang meluas dalam bidang kesetiausahaan.Diyana pula telah menjadi pensyarah terkenal apabila telah berjaya mengajar sekumpulan orang-orang tua tentang Ilmu Matematik Tambahan. Kira terrer tu….Saudari Adawiah pula yang telah bekerja sebagai wartawan sensasi di Shock TV telah diberi tugas untuk membuat liputan tentang kejayaan-kejayaan bekas ahli F5P7 7th Generation, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

(p/s: warkah ini hanyalah sekadar rekaan semata-mata, untuk mengenangi memori kita bersama)

3 comments:

AreDa said...

wah..wah...terharu aku ni...ko telah mefamouskan karya aku di blog ko ni..hahhaha..
papepon...f5p7 mmg best la..hehehhe

-muez_dot- said...

hahahahaa

jgn memaen

aku bagi free of charge bukn senang nak publish nih

hahahahahaa

;p

AreDa said...

byk la ko...
ptot nye aku yg charge tau...
ko curik dr blog aku..tp takpe...sbb kengkawan kan..blanje aku kfc sudah r...hahaha..ok deal?? ;p