Monday, May 11, 2009
atas dan bawah
sekejap merase kemanisan..sekejap menelan kepahitan
bila menoleh kebelakang mengukir senyuman..dan plaing kehadapan segalanya hilang..malang berubah..
di hati emncari-cari..sesutu yang tidak pasti..hilang pergi menyepi..
seperti berlari dan terhenti ditahan dinding..
apakah kemanisan dilupakan sebegitu cept..
tapi hati mempunyai seribu erti..
terpulang pade diri mengerti segala yang terjadi..
jujur dari hati...
Wednesday, February 25, 2009
Itu dan ini
..............buku...........................nota...................dictionary.................
...blaja...............buku...............kelas.................makmal................exam.....
ADAKAH ITU SAJA HIDUP???
Tuesday, February 24, 2009
PERAK DARUL RIDZUAN
Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan kerana lama meninggalkan saudara tanpa kemaskini halaman ini. Situasi semasa memerlukan saya sepenuh masa menangani beberapa permasalah akibat rampasan kuasa (coup d”etat) oleh UMNO BN pada 5 februari 2009.
Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 Feb. 2009 untuk merompak hak rakyat tersebut melalui pintu belakang.
Pada 2 Feb 2009 (Isnin) , saya mengadap DYMM Sultan Perak di Istana Kinta bagi mempersembahkan 2 pucuk salinan surat perletakan jawatan YB Jamaluddin(Behrang) dan YB Osman (Changkat Jering) bertarikh 30 Jan 2009, dan surat dari YDP Dewan (Speaker) YB Sivakumar kepada SPR memohon di laksanakan pilihanraya kecil kedua-dua DUN tersebut.
Ketika itu UMNO-BN di ketuai oleh Najib Tun Razak masih dalam proses memerangkap beberapa wakil rakyat PR khususnya YB Dato’ Nasaruddin (ADUN Bota yang telah menyeberangi ke PKR) pada 25 Jan 2009, dan ADUN Jelapang YB Hee Yit Fong.
Perhubungan dengan YB Jamaluddin dan YB Osman telah terputus mulai 26 Jan 2009. Keluarga dan orang terdekat termasuk ketua umum PKR, DSAI, juga gagal. Hanya setelah surat perletakan jawatan dikemukakan baharulah kedua mereka muncul bersama Najib Tun Razak. Semasa kemelut itu juga YB Dato Nasaruddin (BOTA) dilapurkan hilang dibawa oleh 2 orang ADUN UMNO yang kononya mereka diarah menjemput YB Dato Nasa bertemu Raja Muda. Dia akur dengan pelawaan palsu tersebut dan bersetuju bersama kedua-dua adun umno menaiki pacuan empat roda dan trus hilang entah kemana, khabarnya dilarikan kepada dakapan Najib Tun Razak.
Dilaporkan oleh isteri YB Dato’ Nasa, Datin UMI bahawa suaminya hilang mengikut dua orang adun umno pergi bertemu Raja Muda tetapi rupa-rupanya untuk dibelutkan oleh umno agar YB Dato’ Nasa kembali semula kepada umno-BN walaupun telah bersumpah dikhalayak ramai 10,000-15,000 orang pengundi Bota pada 30 Jan 2009 untuk tidak akan berganjak dan kembali kepada UMNO. Pertemuan YB Dato Nasa denga saya di pejabat MB pada 29 Jan 2009 bersama ahli-ahli exco dan pimpinan PKR Perak juga menjanjikan benda yang sama. Bila ditanya oleh warga media adakah YB Dato Nasa akan kembali kepada UMNO oleh kerana pertukaran Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kepada Najib Tun Razak, namun jawab YB Dato Nasa, “Insya Allah, tidak”.
Ketika itu kedapatan YB Hee dari Jelapang juga turut lesap dan putus hubungan, sehingga YAB ketua Menteri Pulau Pinang selaku SU Agong DAP memberi amaran mana-mana ADUN DAP yang putus hubungan dalam tempoh 24 jam di kira telah meletak jawatan.
Ketika itu, keputusan SRP pula menafikan hak dan permohonan YB Speaker untuk diadakan PRK di Behrang dan CGKT Jering. Maka tiada pilihanraya kecil, ini pula atas desakan dan campur tangan UMNO BN mengarahkan pengerusi SPR yang baru dilantik (tetapi diberi amaran kerana bertanggungjawab tersungkurnya UMNO BN di KT ) untuk jangan diadakan PRK di Behrang dan Cgkt Jering. (Bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan 113). Untuk pengetahuan semua, SPR tidak boleh menolak mana-mana permohonan dari mana-mana Speaker di Malaysia untuk isytihar PRK apabila ada surat dari wakil rakyat tersebut yang meletak jawatan. Peranan SPR dalam Perlembagaan Malaysia hanyalah sebagai pelaksana sahaja dan bukanya pemutus untuk tolak atau meragukan mana-mana surat yang pada pandangan Speaker adalah sah.
Maka pada 4 Feb 2009, selaku MB serta ketua DUN, saya mengadap DYMM memohon perkenan agar dibubarkan DUN Perak untuk mengembalikan hak rakyat Perak membuat pilihanraya baru dan secara sahnya memilih kerajaan baru. DYMM Sultan menyatakan akan mengkaji dan menghubungi saya kemudian, saya akur. DYMM Tuanku mengucapkan kepada saya, “Innallaha maa Sobirin” (Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar) dengan senyuman sambil menggoyang-goyangkan kedua tangan Tuanku.
Kesokan harinya 5 Feb 2009, (khamis) jam 10.00 saya bersama-sama YAB PM Pak Lah berada di Bgn Serai merasmikan majlis mekanisasi pertanian penanaman padi seluas sekitar 200 ekar secara moden oleh Sime Darby. Namun keseluruhan berita telah digelapkan walaupun ada liputan media meluas. Jam 11.45 pagi saya menerima perintah DYMM Sultan untuk mengadap di Istana Kinta. Maka saya memohon laluan dari YAB PM dan terus menuju Istana . Sesampainya di Istana, DYMM Sultan telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-undang, (LA).
Saya terus angkat sembah dan duduk (cukup luar biasa sebab yang biasa apabila dititah atau mohon mengadap, sayalah yang akan menunggu DYMM Sultan didalam bilik khas). DYMM menyatakan kepada saya:-
1. Kesemua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan setuju trus dengan BN
2. Adun Bota (YB dato Nasa) telah bersetuju kembali kepada UMNO-BN
3. Ketiga Adun Behrang, Cgkt jering dan Jelapang juga telah dipanggil mengadap dan bersetuju keluar PR dan menjadi ahli Bebas serta menyokong BN, menjadikan 31 orang. (28 +3)
4. Maka sekarang BN ada majoriti dan PR cuma ada 28 ADUN.
Saya sudah terlintas dihati yang sesuatu tak kena akan terjadi makanya ,
saya mohon mencelah dari DYMM Sultan dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah dan point berikut:-
i. Saya hanya memohon perkenan kebawah DYMM Tuanku untuk dibubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan saya sebagai MB dan ketua DUN.
ii. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan bermaruah.
iii. Saya mahu mendaulat dan memartabatkan institusi Istana sebagai institusi ulung dan teragung di kacamata rakyat.
iv. Bila DUN dibubarkan, rakyat akan lihat bahawa Tuanku cukup adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak sekali gus rakyat akan menjulang dan menghormati institusi Istana kerana mengembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula. Ini Keadilan yang kita laung-laungkan.
v. Saya ajak DYMM Tuanku Sultan meredhai dan bersyukur di atas anugerah Ilahi dalam sambutan Jubli Perak dengan Allah SWT memanjangkan usia DYMM Tuanku hingga ke 82 tahun. Saya seru agar merealisasikan kesyukuran atas nikmat ini dengan mengembalikan hak rakyat serta pengampunan dari Allah SWT
vi. Saya nyatakan dengan jelas jika Tuanku bubarkan DUN, rakyat akan turut bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan menjulang institusi Istana.
vii. Disebaliknya saya nyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat kepada institusi di Raja dan Tuanku sendiri.
viii. Saya zahirkan kepada DYMM Tuanku dimanakah maruah kerajaan UMNO BN dengan mengambil 3 orang wakil rakyat (Jamaluddin, Kapt Osman dan Hee) sebagai penyokong mereka semata-mata hendakkan simple majoriti, yang mana 2 daripada mereka (Jamaluddin dan Osman) telah dituduh oleh pimpinan UMNO terdahulu dari itu sebagai mengambil rasuah meluluskan projek perumahan di Perak Tengah bernilai RM180juta dan menerima habuan serta sedekah seks (yang mana projek tersebut tidak wujud pun! Sengaja diada-adakan oleh pihak BPR pusat untuk mejatuhkan kerajaan PR). Kedua mereka akan menghadapi perbicaraan di mahkamah session Ipoh pada 10 Feb 2009. Saya juga katakan kepada DYMM Sultan seandainya pertuduhan ke atas mereka lekat, maka apa akan terjadi kepada kerajaan itu kelak. Dan jika pertuduhan itu digugurkan oleh mahkamah, sudah tentu rakyat jelata akan melihat sebagai campurtangan pihak Istana dan ini akan mencemarkan imej dan kedaulatan Istana.
ix. Saya beri maklum bahawa jika dibubarkan DUN Perak seluruh institusi Istana di Malaysia pasti akan mendapat penghormatan tertinggi dikacamata rakyat jelata dan masyarakat dunia dalam dan luar negeri akan turut menghormati DYMM Tuanku. Kekebalan dan kekuasaan diraja telah lama dirobek dan cuba dihapuskan oleh UMNO sewaktu dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir. Semua institusi kesultanan di Malaysia akan mendapat imej baik dek keputusan bijak dan arif oleh Tuanku.
x. Saya sebut secara verbatim kata-kata DYMM dalam sebuah buku yang Tuanku hadiahkan kepada saya sewaktu menjawat jawatan MB pada bulan Mac 2008 dahulu. Buku berjodol “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance” (Selected essays and speeches,by HRH Sultan Azlan Shah, edited by Professor Dato’ Seri Visu Sinnadurai, tahun 2004, saya bacakan kepada Tuanku berbunyi, “under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di Pertuan Agong would not withold his consent to a request for the dissolution of Parliament. His role is purely formal”.
Selepas saya baca ayat tersebut sepatah demi sepatah, maka dengan penuh takzim dan lembut ungkap, saya merayu agar Tuanku berpegang dan mengotakan kata-kata Tuanku tersebut. Bahkan saya sebut bahawa buku tersebut dan kata-kata Tuanku di dalamnya menjadi rujukan penghakiman semua negara Commonwealth sebagai suatu peradaban undang-undang yang luhur.
xi. Saya mengingatkan kepada DYMM Tuanku bahawa banyak negara seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Mesir dan Iran yang dahulunya ada institusi di Raja, namun apabila keputusan Istana berpihak kepada mana-mana kumpulan dan mengenepikan kehendak hak rakyat, maka kini institusi tersebut telah hilang.
xii Saya merayu bahawa pada ucapan sambutan Jubli Perak pada 3 Feb 2009, di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, ucapan Tuanku, ucapan Raja Muda dan juga ucapan saya telah menitik beratkan soal keadilan, hak rakyat dan good governance. Siaran tersebut telah dibuat liputan langsung oleh TV Bernama dan akhirnya saya dengan penuh rendah diri dengan Nama Allah, memohon kepada DYMM Tuanku agar di bubarkan DUN Perak.
Sebaik-baik sahaja habis saya sebut perkara di atas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah, “Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan”.
Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, “Ampun Tuanku, patik pohon sembah derhaka”.
DYMM Tuanku bangun meninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan Tuanku sambil mencium tangan Tuanku dan beredar bersama LA. ( Perbualan saya dengan LA selepas insiden ini akan saya lakarkan sedikit masa lagi).
Maka bermulalah suatu cetusan krisis perlembagaan (Constitutional Crisis) yang amat menyedihkan sehingga kini. Kesemuanya ini berlaku oleh kerana kebiadaban UMNO BN pimpinan Najib altantuya memperkakaskan SPR yang enggan mengisytiharkan PRK di DUN Behrang dan Cgkt Jering dan seterusnya rampasan kuasa ikut pintu belakang oleh Najib altantuya pimpinan UMNO BN. Ini tindakan tidak bermoral UMNO yang merampas hak rakyat.
Kini kenyataan-kenyatan dari pimpinan UMNO yang menyanggah dan mengecam hebat tindakan jahat Najib altantuya membuat rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, seperti dari Tengku Razaleigh, Tun Dr Mahathir, Rais Yatim dan ramai pakar perlembagaan seperti Dr Abd Aziz Bari dari UIAM, menyatakan bahawa saya masih MB yang sah disegi undang-undang dan kes seperti ini pernah terjadi kepada Almarhum Sultan Idris pada tahun 1974, yang mana almarhum Sultan tidak boleh menyuruh atau memecat MB ketika itu Allahyarham Tan Seri Ghazali Jawi (bapa YB Tajol Rosli). Tuanku terpaksa bernazar untuk menyimpan misai dan janggut selagi MB ketika itu tidak mahu letak jawatan.
Akhirnya Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn terpaksa masuk campur dan mengarahkan MB letak jawatan. MB ikut perintah PM tetapi bersyarat. Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Perak. Krisis ini berpanjangan………..
Sunday, January 11, 2009
Thursday, January 8, 2009
unite and Du'a

this is not about this flag..
not about just a land
but it is about religion
about zionist try to test mosleem solidarity..
mosleem around the world must unite..
arab world still silent about this..shamed of them..
may Allah always be with mujahid and mujahidah..
let we together du'a for the sake of them..
du'a is powerfull weapon..
'ya Allah kepadaMu ku berserah dan kepadaMu ku memohon pertolongan..hancurkanlah bala tentera kuffar yang kian mencengkam umat Islam'
amin
Wednesday, January 7, 2009
Hamas out to bust myth of israeli invincibility

JAN 7 — Abu Jundal stands on a Gaza City street, unarmed and wearing civilian clothes. Only his black, multi-pocketed tabard and his beard give a hint of who he really is: a Hamas platoon commander having a day off in the middle of the war with Israel.
“We work in shifts, one day on, one day off, so we do not get exhausted,” he said, adding that his shifts run from 10pm until 5am every other night. His was one of three platoons operating in this sector of the northern Gaza Strip.
Ehud Barak, the Israeli Defence Minister, has promised “all-out war” against the Islamist movement, but Abu Jundal, 29, said that Hamas had so far thrown only a fraction of its 15,000-strong guerrilla force into the fray. At the current rate of attrition, he said, it could carry on the battle for another three months.
“We are only working at 10 per cent of our capacity. There is always somebody backing us up, held in reserve. There are different lines of defence,” he said, looking strained from days of fighting. Despite serving on the shifting front lines, Hamas fighters still have to provide for their families in their time off, as Gaza runs out of basic supplies of food and fuel.
He said that his unit had not yet seen close-quarters combat, having used only rocket grenades, landmines and mortars to try to halt the onslaught, in which Israeli officials claim have killed 130 Hamas fighters. “The Israelis are not coming on foot, they are mostly in tanks and using helicopters and drones,” he said.
To combat the superiority of Israel’s US-funded war machine, Hamas has prepared a number of what the platoon leader called “surprises”. He refused to elaborate, but said that the key priority for him and his comrades was to kidnap Israeli soldiers in an attempt to use them as bargaining chips.
Hamas already holds one Israeli corporal seized in a tunnel raid under the border in 2006.
“Our main aim is to capture as many Israeli soldiers as we can,” he said. “We’ll do whatever we can to achieve this and to destroy the myth of the invincible Israeli army.”
Israeli security sources have described finding elaborate tunnel complexes running from houses and mosques, allowing Hamas to outflank Israeli forces, emerge with anti-tank rockets and to try to snatch soldiers who have strayed too far from their units.
Israeli media reported a capture attempt on the first day of the ground offensive, when a soldier from the Golani Brigade climbed into a tunnel that his unit had found underneath a house.
He ran into waiting Hamas fighters and fought a gunfight in which he was wounded as the guerrillas tried to capture him. The Israeli managed to flee back to his comrades, who blew up the tunnel.
“Until now, we have not faced any enemy worthy of our respect. Any army that concentrates on killing civilians does not deserve our respect,” said Abu Jundal, whose comrades have been firing crude but occasionally deadly rockets at Israeli towns for years. “They will pay a high price for their crimes,” he said, adding that morale was high among his men.
The overall commander of Hamas’s armed wing said yesterday that close combat had occurred in some sectors of the front, which now snakes around the outskirts of Gaza City and down to Khan Younis, a large city in the south.
Abu Obeida, head of the Izz al-Din al-Qassam Brigades, said that his fighters had ambushed a unit of undercover Israeli soldiers trying to infiltrate deep into the strip, hitting them with mortar shells and a buried landmine weighing 100lb.
He said that another Israeli unit had entered a house with Hamas fighters inside, one of whom had blown himself up with a suicide bomb.
“We have hundreds of suicide bombers waiting for the Israelis, whose options are limited to either be killed, wounded or captured,” he said in a telephone interview with al-Jazeera, the Arabic television news channel. — The Times of London
taken from www.malaysianinsider.com
Monday, January 5, 2009
keganasan israel dan kelesuan pemimpin arab

Suasana di Amman, Jordan muram bercampur berang. Saban hari rakyat Arab menyaksikan kebiadapan dan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin.
Presiden Bush, mengulangi kenyataan angkuh pimpinan regim Israel menuntut Hamas menghentikan serangan. Buat mereka nyawa, tanah dan harta rakyat di Ghazza tidak berharga lagi! Isu penjajahan, rampasan tanah, sekatan dan penindasan serta pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin tidak dibicara.
Rakyat Arab berang dan tunjuk rasa, bukan sekadar membantah tindakan Israel, malah mengecam kelesuan pimpinan negara Arab. Dan dalam acara semalam manakala disentuh tindakan dunia Arab, seorang wakil menempelak lantang dihadapan saya- “mana ada dunia Arab!”
ANWAR IBRAHIM
taken from
www.anwaribrahimblog.com
Monday, December 29, 2008
solidarity for palestine

"Saya akan bermain muzik hari ini dan merayakan apa yang dilakukan oleh tentera udara Israel".
-Ofer Shmerling-
kepada Allah kita meminta pertolongan dan sekuat-kuat senjata adalah dengna berdoa pada Allah tuhan yang esa..
ungkapan di atas oleh ofer shremling iaitu pegawai pertahan tentera israel yang amat bongkak dengna melihat rakyat palestin itu umpama sampah..kalau dilihat secara teliti,bila menjelangnya musim pilihanraya israel semestinya pemimpin pemerintah israel akan melancarkan seragan tanpa keperikemanusiaan terhadap orang wam yang mempertahankan diri.lihat saja pada zaman ehud barak dan benjamin netanyahu...beribu ribu orang mati atas seragan untuk meraih publisit politik untuk terus memerintah negara yang haram..
sedang israel terus terusan mendapat sokongan amerika,bagaimana dengan dunia arab??berapa kali bersidang demi palestin?kalo bersidang pun hanya akhirnya mengeluarkan kutukan terhadap serangan tiad alangkah diambil.pemimpin libya,muammar gadaffi di dalam surat khabar hari ini menyelar tindakan negara arab yang hanya berdiam diri..dan saya sebgai orang islam jug amengutuk serangan zalim keatas palestin dan juga mengutuk ketidak proaktifnya dunia arab terhadap maslaah umat islam sendiri........

esok,bersamaan selasa 2 muharram akan diadakan perhimpunan intifadah berhadapan kedutaan amerika syarikat di jalan tun razak untuk mengecam polisi amerika yang menyokong serangan tersebut.himpunan yang di panggil intifadah ini akan bermula pada pukul 11 pagi
buangkan pahaman perbezaan politik.sekarang kita membicarakan tentang nyyawa manusia.atau lebih tepat nyawa umat islam sendiri..malu jika kita hanay berdiam diri..
saudara salahuddin ayub iaitu ahli parlimen malaysia mengajak semua bersama dalam himpunan ini,dalam wawancara bersama beliau beliau berkata,
"Jika anda ragu-ragu untuk menyertai Intifadah rakyat Malaysia menentang keganasan Israel Selasa ini, anda boleh membaca apa yang diucapkan oleh seorang pegawai pertahanan awam entiti haram Israel bernama Ofer Shmerling: 'Saya akan bermain muzik hari ini dan merayakan apa yang dilakukan oleh tentera udara Israel,"katanya degan nada yang berang
kita dilahirkan didunia dengan pelbagai perbezaan,tetapi perbezaan bukan llesen utk kita bertelagah...

Monday, November 17, 2008
hati jiwa
yerp dts my topic for today post..
knape org sume membicarakan tntang soal hati dan jiwa?aku sememangnya tak arif dalam erti kate hati ini..tapi ape yang aku pasti hati adalah pelengkap kepada kejadian manusia.Kerna hati mnusia terus hidup dan kerna hati juga manusia saling bermusuhan.tapi setiap manusia ade intrepertasi sendiri terhadap sesuatu bende yang dinamakan hati
kita ambil contoh kekuasaan hati ini,
paling mudah dna jelas dapat dilihat apabila kita berhadapan dengan situasi melihat anak-anak kecil yang terpaksa mengemis dan juga membanting tulang mencari sesuap nasi.Malah ada sesetengahnya tidak cukup makan dan mengalami sakit yang pelbagai.Apakah apabila kita melihat seperti ini kite akan gelak terbahak ataupun tersentak hati dan jiwa..seolah olah kita memahami apa yg terjadi pada mereka.Dengan hati ini,dengan mudah kita mengambil keputusan menghulurkan bantuan.hati ini juga lebih berkuasa dari otak.Segala pemikiran yang dilahirkan oleh otak akan tertewas ankara kekuasaan hati.pernah kite terfikir kenapa orang mengamuk atau membunuh diri?
ini kerna kekuasaan hati lebih tinggi dari rasional akal fikiran itu sendiri.
hati dikaitkan dengan perasaan cinta.Tidak kira cinta antara insan sesama insan atau insan dan juga pencipta.kerna hati juga kite berada dalam dilema.dan kerna hati juga kita berasa sedih kerna ingin mengapai apa yang disayang........
ini semua adalah kerna hati..
hati yang bersih membawa kepada kegembiraan....
hati ini amat kuat..
hati adalah...........................................cinta............
=p
p.s: kenape aku tulis pasal hati...damn!=p
Thursday, November 6, 2008
new upcoming US president

congrates to MR.barack obama for the victory and become 44th US president...and double congrate to him becouse become first president in a black n oso the yougest us president..he just turn to 47...
harap dengan kejayaan Mr barack obama dapat membuka ruang yang lebih besar diantara dunia barat dan islam khususnya dlm merapatkan hubungan dan tidka lagi melakukan apa yang disifatkan 'minum' darah oleh previous US president....
dunia mahu lihat perubahan
tiada lagi bangsa yang dianggap lebih tinggi dari bangsa lain
tiada lagi lagi islam itu terrorist
tiada lagi peperangan
tiada lagi kemiskinan
dunia mahukan keadilan dan keamanan sejagat...
hope for obama not repeat the previous action like the bloody hell bush done..
*peace*
Saturday, October 11, 2008
wit lemang,ketupat and kuih raye inside our stomach..
besalah..life as a student..being tahfiz memoirse everything inside da book yang kadan-kadang we dunno wut we r memories..but wut to do..dis is about the educational system..juz give n take..hahahahaha
jap2x...
for dis tyme i want to take dis oportunity to wishh all of uni student espoecially UNITEN student..or more specifically my house member..
hahahahaha........
oh..lupe plak sebenarnyer dis post i wanna to highlight and greet welldone bcouse our first win with new ball (idea eyo beli bola..abes duit kiterorg) and da best thing is clean sheet(shit) bcoz of not loose any goal......credit to molok...yeah dat fat fosfolipid best frends..=p
hohohoho..
as usuall..becouse of not training n warming up for a long time(i think dekat sebulan)so our team all 'sehat sehat' n had a lemang,rendang n kuih raye inside our stomach n sume berat2x..
so no wonder lah all juz joging2 n laugh all da time looking to our stupidity..hahahaha
but one think..
but cool..stil can won 4-0 hahaha..
scored by -bro
-ijat
-gadaf
-lok
n one think..
i proud to have second yellow card even i played very the sopan...
hahahaa...
aku hengat refferee dengki lah
wut do u think??
=p

